IPOH: Polis Perak menerima lebih 400 permohonan daripada sekolah untuk mendapatkan pengawal pengiring bagi mengambil wang bantuan awal persekolahan (BAP) di bank.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata permohonan itu dibuat guru besar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dari semua daerah di negeri ini sejak minggu lepas.
"Antara sekolah yang membuat permohonan adalah dari daerah Kinta, Larut Matang dan Selama, Kerian, Manjung dan Kuala Kangsar. Setakat ini 473 sekolah telah membuat permohonan untuk mendapatkan pengawal pengiring bermula minggu lalu.
"Permohonan itu dibuat pihak sekolah kepada Ketua Polis di daerah supaya pegawai atau anggota kami mengiringi pihak sekolah untuk mengambil wang berkenaan di bank. Pengawal pengiring ini terdiri daripada anggota polis termasuk dari unit kereta peronda (MPV)," katanya kepada Bernama.
Mohd Yusri berkata permohonan tersebut akan diteliti dan pihaknya menasihatkan pihak sekolah berbuat demikian bagi menjamin keselamatan ketika mengambil wang dalam jumlah yang besar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Pada Isnin, seorang guru besar berputih mata selepas wang (BAP) berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sekolahnya di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah.
Wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh guru besar itu sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023
Permohonan itu dibuat guru besar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dari semua daerah di negeri ini sejak minggu lepas. - Gambar hiasan
Ambil pengajaran ziarah Bukit Uhud
Patuh kepada pemimpin, ketua antara pengajaran diambil jemaah haji Malaysia semasa membuat ziarah luar di Bukit Uhud di Madinah di mana dalam konteks semasa, kepatuhan kepada pemimpin berupaya memastikan segala urusan berjalan lancar.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
Emir Kuwait bubar Parlimen yang dipilih sebulan lalu - Dekri
Emir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, pada petang Jumaat mengeluarkan dekri membubarkan Parlimen yang dipilih pada awal April.
Perak berjaya tanam semula 7.88 juta pokok setakat ini - MB
Perak tanam 7.88 juta pokok setakat ini melebihi sasaran enam juta yang ditetapkan kerajaan Persekutuan melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang
Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi.
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Peruntukan berkenaan adalah untuk pelaksanaan fasa pertama Projek Tamu Desa di negeri itu.
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Lebih 95 peratus bantuan awal persekolahan selesai diagihkan - Wong
Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar kini sudah mencapai lebih 95 peratus.
Tiada sebarang potongan, wang BAP diterima ibu bapa harus RM150 - Fadhlina
Ibu bapa boleh terus lapor terus kepada Kementerian Pendidikan sekiranya wang BAP diterima tidak cukup.
Ibu bapa kongsi rasa syukur BAP RM150 bantu sedia kelengkapan sekolah
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 yang diberikan kepada setiap murid bermula bulan ini membantu ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan murid bagi menghadapi sesi persekolahan Mac ini.
Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) perlu lebih bersasar - Anuar
Ia supaya lebih ramai golongan yang benar-benar memerlukan dapat menerima manfaat inisiatif tersebut.
Lebih 400 sekolah mohon khidmat pengiring ambil wang BAP di bank
Polis Perak menerima lebih 400 permohonan daripada sekolah untuk mendapatkan pengawal pengiring bagi mengambil wang bantuan awal persekolahan (BAP) di bank.